Laman ini hanya memaparkan sebahagian geran-geran penyelidikan dan penerangannya. Bagi mendapatkan senarai geran yang lebih menyeluruh, penerangan yang lebih terperinci, dokumentasi serta prosedur yang lebih lengkap, sila layarai laman web RMI Shah Alam (Segmen Research Funding).
1) Dana Kecemerlangan
(1) Penyelidikan
Prosedur dan dokumen adalah seperti berikut:
(a) Muat turun dan lengkapkan borang permohonan
(b) Serahkan kepada RMU UiTMT:
(i) borang permohonan yang telah lengkap diisi
(ii) kertas cadangan penyelidikan.
(c) Penilaian dibuat oleh panel yang dilantik RMU UiTMT.
(d) Surat kelulusan dikeluarkan oleh RMU UiTMT kepada pemohon.
Prosedur penghantaran laporan penyelidikan yang telah siap:
- (a) laporan penyelidikan yang telah siap perlu dihantar dalam bentuk spiral binding ke pejabat RMU UiTMT.
- (b) Proof reader akan dilantik oleh RMU UiTMT.
- (c) Laporan beserta komen akan dikembalikan kepada penyelidik untuk dibuat pembetulan (jika perlu).
- (d) Setelah mendapat persetujuan daripada proof reader, penyelidik perlu menghantar 3 salinan hard cover laporan penyelidikan ke pejabat RMU UiTMT.
(2) Pembentangan kertas kerja di seminar/konferensi
Prosedur dan dokumen mohon pembiayaan adalah seperti berikut:
(a) Serahkan maklumat berikut kepada RMU UiTMT:
i) surat terima daripada sekretariat konferensi
ii) maklumat seminar
iii) borang mohon kebenaran bentang kertas kerja (muat turun daripada i-staff portal)
iv) kertas kerja penuh
v) surat kepada TR PJi mohon menggunakan dana.
(b) Surat kelulusan akan dikeluar oleh TR PJi
Nota: Kelulusan mengambilkira perkara (a) dan pembiayaan daripada geran bagi mereka yang telah mendapat geran penyelidikan.
2) Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)
- Muat turun garis panduan
- Muat turun borang
- Tarikh dan aktiviti FRGS (laman web RMI)
Kementerian Pengajian Tinggi merupakan peneraju dalam
penyelidikan bersifat fundamental bagi menggalakkan penjanaan ilmu
yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual,
penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras
dengan aspirasi negara. Penyelidikan fundamental merupakan penyelidikan
asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi
perkembangan ilmu.Di bawah RMKe-9, Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) telah memperuntukan sebanyak RM200 juta bagi membiayai
projek-projek penyelidikan fundamental di Institusi Pengajian Tinggi
Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan Universiti Cawangan. Pihak
Kementerian telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan
Fundamental (FRGS) buat pertama kalinya pada tahun 2006. Sehingga tahun
2010, sebanyak RM85 juta tambahan peruntukan telah diluluskan
disebabkan permintaan yang amat menggalakkan. Ini menjadikan peruntukan
keseluruhan di bawah RMKe-9 adalah sebanyak RM285 juta. Penyelidikan fundamental di bawah RMKe-9
telah mencapai objektifnya dalam pembangunan modal insan yang
berkualiti selain menggalakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru
yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru dan penciptaan yang
inovatif. Sehubungan itu, di bawah RMKe-10, peruntukan dana penyelidikan
telah ditingkatkan kepada RM741 juta bagi membiayai 5 program
penyelidikan termasuk FRGS. Pembiayaan geran FRGS meliputi bidang-bidang
asas yang dapat menyokong agenda strategik negara. Bidang-bidang yang
dikenalpasti adalah:-
- Sains Tulen (Pure Science)
- Sains Gunaan (Applied Science)
- Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
- Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
- Sains Sosial (Social Sciences)
- Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
- Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage)
Selain pembangunan modal insan, dana
penyelidikan FRGS diharap dapat membudayakan penyelidikan fundamental di
IPT di samping dapat menjana penemuan penyelidikan sama ada dalam
bentuk penemuan ilmu baru, kaedah baru atau pembangunan teknologi baru.
Pihak KPT akan sentiasa komited dalam meningkatkan keupayaan R&D,
keupayaan saintifik dan keupayaan inovasi negara bagi memastikan budaya
penyelidikan fundamental akan terus dikembangkan di setiap IPT.
3) Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS)
Sebagai sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu menyuburkan budaya penyelidikan.Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) ini dapat menggalakkan penyelidikan awal serta menggalakkan penerokaan ilmu yang boleh memberi sumbangan
kepada peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan
penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara. Oleh itu,
sejajar dengan Teras Ketiga PSPTN iaitu Memperteguh Penyelidikan dan
Inovasi, di bawah RMKe-10 peruntukan untuk dana penyelidikan telah
ditingkatkan kepada RM741 juta bagi tahun 2011 dan 2012. Peruntukan ini
bertujuan untuk membiayai lima (5) program penyelidikan yang mana
salah satu program penyelidikan tersebut adalah Skim Geran Eksploratori
(ERGS).
Skim Geran
Eksploratori merupakan satu geran penyelidikan yang baru yang
ditawarkan kepada penyelidik oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.
Pihak KPT berharap dengan adanya geran penyelidikan ERGS ini akan
menghasilkan teori dan idea baru yang terkehadapan dalam nic-nic yang
strategik untuk perluasan sempadan ilmu. Penyelidikan Eksploratori
lebih menumpukan kepada penyelidikan yang boleh menjawab soalan/
menyelesaikan masalah ”apa” dan ”di mana”. Penyelidikan Eksploratori merupakan penyelidikan yang mempunyai salah satu daripada ciri-ciri seperti berikut:
- Kajian awal ke atas idea baru dan belum diuji. (Preliminary work on untested and novel ideas )
- Meneroka idea penyelidikan baru yang berpotensi ke arah penjanaan transformasi (Ventures into emerging and potentially transformative research ideas)
- Aplikasi kepakaran baru atau pendekatan baru kepada tajuk penyelidikan yang mapan (Application of new expertise or new approaches to ”established” research topic. )
- Kajian yang berkaitan dengan penyediaan kemudahan atau peralatan masalah yang mendesak dan amat diperlukan seperti bencana alam, antropogenik atau kejadian yang tidak diduga (Having severe urgency with regards to availability of, or access to data, facilities or specialised equipment, including quick-response research on natural or anthropogenic disasters and similar unanticipated events)
- Kajian yang boleh mencetuskan penemuan segera dan inovatif (Efforts of similar character likely to catalyse rapid and innovative advances.)
Pembiayaan geran ERGS meliputi
bidang-bidang asas yang dapat menyokong agenda strategik negara.
Bidang-bidang yang dikenalpasti adalah:-
- Sains Tulen dan Gunaan (Pure and Applied Sciences)
- Teknologi dan Kejuruteraan (Technology and Engineering)
- Sains Kesihatan dan Klinikal (Clinical and Health Sciences)
- Sains Sosial (Social Sciences)
- Sastera dan Sastera Ikhtisas (Arts and Applied Arts)
- Sains Tabii dan Warisan Negara (Natural Sciences and National Heritage)
- Pertahanan dan Keselamatan (Defence and Security)
Melalui projek-projek
penyelidikan yang akan dijalankan, bilangan modal insan dan juga
bilangan penemuan penyelidikan akan dapat ditingkatkan, ini seterusnya
akan memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara dalam
penyelidikan.
4) eScience (MOSTI)